KUALA LUMPUR 4 Sept. – Menempuh tempoh perjalanan yang panjang sebelum melapor diri bersama kem latihan Harimau Malaya antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh penyerang negara, Shahrel Fikri Md. Fauzi. Shahrel yang kini beraksi bersama kelab dari Thailand, Nakhon Ratchasima mahu mengetepikan kepenatannya dan berusaha untuk mencuri perhatian jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. “Saya bertolak ke Malaysia pukul 6 pagi kelmarin waktu Thailand…










