SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) mendakwa MCA menipu pengundi bukan Islam apabila secara terang-terangan mengadakan kerjasama dengan parti Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam teokratik. Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK), PH bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Ean Yong Hian Wah berkata, kerjasama itu sekali gus membuktikan apa yang dikatakan MCA untuk menolak cita-cita Pas itu merupakan satu pembohongan yang besar. “Malam tadi, (semalam)…










