KUALA LUMPUR 23 Sept.- Lima penuntut sebuah kolej swasta yang sesat kira-kira satu jam ketika mendaki Bukit Broga di Semenyih dekat sini berjaya ditemukan, malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, kelima-lima mangsa terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga Pakistan berusia antara 19 hingga 32 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 9.50 malam. “Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.50 malam dan empat anggota bomba…










