Serie A: Inter Milan tundukkan Fiorentina - Utusan Malaysia

Serie A: Inter Milan tundukkan Fiorentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 26 Sept. – Inter Milan berjaya mengelak daripada ditimpa kekalahan apabila menumpaskan Fiorentina 2-1 dalam perlawanan Serie A, hari ini, dan kejayaan tersebut merupakan kemenangan ketiga kelab itu dalam tempoh seminggu.

Danilo D’Ambrosio meledakkan gol kemenangan pada minit ke-77 meskipun Fiorentina mendominasi permainan babak kedua yang jelas mengecewakan jurulatih Luciano Spalletti apabila menyaksikan persembahan hambar anak-anak buahnya, sehinggalah jaringan tersebut berjaya dihasilkan.

Inter mengutip 10 mata daripada enam perlawanan pembukaan, termasuk tiga kemenangan dan dua kekalahan mengejut di tangan Sassuolo serta Parma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minggu lepas, Inter menewaskan Tottenham Hotspur dalam Liga Juara-Juara dan Sampdoria pada Serie A, yang mana kedua-dua kemenangan itu dicatat menerusi jaringan minit terakhir perlawanan.

Percubaan Kevin Mirallas untuk Fiorentina di awal permainan sekadar mengenai palang gol, tetapi Inter berjaya mendahului hasil jaringan Mauro Icardi pada separuh masa pertama setelah sepakan penalti dihadiahkan kepada mereka apabila hasil rebiu Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati bola mengenai tangan Vitor Hugo.

Federico Chiesa menyamakan kedudukan enam minit setelah permainan disambung menerusi rembatan jarak jauh yang terpantul mengenai Milan Skriniar dan selepas itu, pasukan pelawat mendominasi pertemuan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini