MADRID 12 Sept. – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Luis Enrique selepas Sepanyol meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas dua pasukan utama dunia dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah. Selepas menang 2-1 ke atas England di Stadium Wembley minggu lalu, Sepanyol mereka kini meraih kemenangan 6-0 ke atas naib juara Piala Dunia, Croatia hari ini sekali gus menjadi permulaan baik buat Enrique sejak membimbing La Roja. Ini kekalahan terbesar Croatia dalam…










