GUA MUSANG 5 Sept. – Seorang lelaki maut dan dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan pikap di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Mohd. Salimi Mohd Razali, 34, yang beralamat di Felda Chiku 1 menaiki Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan cedera parah di kepala. Mangsa yang cedera, Muhamad Aifa Abdul…










