KUALA LUMPUR 3 Sept. – Masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan kementerian itu mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti. “Tinjauan itu juga mendapati sebanyak 17.5 peratus rakyat negara ini dikesan menghidap diabetes, 30.3 peratus…









