RAJA PUAN MUDA PERLIS, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat melancarkan pameran koleksi terbaru ‘Tiffany Paper Flowers’ bersempena program ‘Breakfast at Tiffany’s’ yang dianjurkan oleh syarikat jenama barang kemas tersohor dunia Tiffany & Co di The Pavilion, Kuala Lumpur tengahari tadi. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Presiden syarikat tersebut, Wei Ling Wong dan Pengurus bagi Negara Malaysia, Cesarine Lim. Berangkat sama mengiringi baginda ialah anakanda-anakanda, Puteri Sharifah…










