SEBUAH salun kecantikan di Moscow, Rusia telah dikecam dan dikritik oleh pengguna laman sosial selepas memperkenalkan rekaan hiasan kuku yang menggunakan semut hidup sebagai aksesori. Beberapa keping gambar dan video yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram, nail_sunny telah menunjukkan seekor semut hitam yang masih hidup bergerak di dalam kuku hiasan yang direka secara lutsinar pada jari seorang pelanggan yang tidak diketahui identitinya. Salon kecantikan tersebut, Nail Sunny yang terletak…










