KUALA LUMPUR 22 Sept. – Datuk Lee Chong Wei terkejut dan amat sedih sebaik sahaja menerima berita tentang penyakit kanser hidung yang dihidapi, namun semangatnya kini semakin kuat, kata jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Tey Seu Bock. Seu Bock yang melawat jaguh badminton negara itu bersama seorang lagi jurulatih, Hendrawan di Taiwan minggu lalu berkata, biarpun kelihatan lemah, Chong Wei tampak sangat kuat, malah dia bersemangat setiap kali mereka bercakap tentang…










