Semai patriotisme pertahan kedaulatan negara - Utusan Malaysia

Semai patriotisme pertahan kedaulatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Golongan pelajar perlu mempunyai semangat patriotik dan jiwa Malaysia yang kental bagi mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman yang boleh menjejaskan keamanan serta kemerdekaan yang kita nikmati ketika ini.

Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Ruslan Zainudin berkata, sekiranya setiap pelajar mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi dan sanggup berkorban mempertahankan kedaulatan, maka tiada siapa yang dapat mengganggu gugat keharmonian Malaysia.

“Oleh itu, bersama-sama kita hayati tema sambutan Bulan Kebangsaan, Sayangi Malaysiaku dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi memupuk perpaduan melibatkan pelajar pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berucap menyempurnakan sambutan Penutupan Bulan Kebangsaan Kolej Vokasional Setapak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bulan Kebangsaan dan Unit Sejarah kolej itu padat dengan pelbagai aktiviti ke arah pembentukan jati diri dan peningkatan semangat patriotik.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan pidato, sketsa kemerdekaan dan persembahan empat tarian tradisional melambangkan masyarakat majmuk di negara ini selain kibaran Jalur Gemilang di sekitar kawasan kolej.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN