Sektor hartanah tetap mencabar - Utusan Malaysia

Sektor hartanah tetap mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Glomac Bhd. (Glomac) bercadang untuk memberi tumpuan terhadap segmen pasaran hartanah pertengahan dan mampu milik melalui pelancaran projek hartanahnya yang bernilai RM1 bilion pada tahun kewangan 2019.

Menurut kenyataan pemaju hartanah tersebut, langkah ini adalah untuk memanfaatkan sentimen pengguna ketika ini seiring dengan perubahan pentadbiran kerajaan baru-baru ini.

“Kami tetap yakin bahawa pilihan produk peringkat pertengahan dan mampu milik yang kukuh akan menarik perhatian pembeli daripada golongan milenial yang meliputi demografi pembeli rumah pertama yang terbesar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kami melihat sektor hartanah akan tetap mencabar memandangkan peningkatan gaji yang perlahan dan dasar pinjaman ketat te­rus menjejaskan jualan,” katanya di sini semalam.

Glomac menjelaskan, projek kediaman bertanah di bandar seperti Saujana Perdana di Su­ngai Buloh, Selangor dan Saujana Jaya di Kulai, Johor terus menca­tatkan jualan yang mantap.

Selain itu, kumpulan itu juga te­lah memperoleh peruncit antarabangsa untuk Glo Damansara Mall, yang mana ia dijangka dapat meningkatkan kadar peng­hunian gedung itu kepada 85 peratus.

Mengulas mengenai prestasi kewangan syarikat, Glomac mencatat hasil sebanyak RM57.6 juta dan untung sebelum cukai berjumlah RM2.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 30 April 2019.

Menurutnya, margin untung kasar meningkat ekoran penjimatan kos daripada projek yang telah siap dan aliran tunai yang positif daripada operasi.

“Hasil disumbangkan sebahagian besarnya daripada bil kemajuan kerja Bandar Saujana Utama, Sri Saujana dan Saujana KLIA,” jelasnya.

Dalam pada itu, Glomac telah melancarkan projek pembangunan kediaman bersepadu hak milik kekal, Plaza @ Kelana Jaya.

Menurutnya, blok pertama apartmen perkhidmatan itu te­lah dilancarkan pada awal suku tahun ini dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kadar jualan 60 peratus.

Projek yang memiliki nilai pembangunan kasar RM350 juta itu merangkumi 696 unit apartmen perkhidmatan serta 16 pejabat kedai tiga tingkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini