KUALA LUMPUR 5 Sept. – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendesak supaya usaha lebih drastik dilaksanakan segera oleh kerajaan untuk memastikan agenda memperkasa ekonomi bumiputera mencapai objektifnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, antara aspek yang perlu ditumpukan termasuk menggubal Akta Sabotaj Ekonomi bagi menjamin agihannya adil dan saksama selain menghalang monopoli pihak tertentu dalam rantaian ekonomi negara. Beliau berkata, akta tersebut berupaya mengekang tindakan beberapa pihak tertentu yang…










