IPOH 19 Sept. – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, beliau merupakan ahli UMNO yang tegar dan menolak dakwaan akan meninggalkan parti itu. Jelasnya, beliau tidak terfikir untuk meninggalkan parti itu setelah berjuang bersama UMNO sejak sekian lama. Beliau berkata, meninggalkan UMNO bermakna beliau mengkhianati pengundi yang memilihnya sebagai wakil rakyat di Parlimen Padang Rengas selama enam penggal. “Dakwaan kononnya saya akan keluar UMNO tidak betul.…










