Sasar 70 peratus keluar mengundi - Utusan Malaysia

Sasar 70 peratus keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kira-kira 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia pada Sabtu ini.

DUN Balakong dan DUN Seri Setia masing-masing mempunyai keseluruhan 62,219 dan 52,650 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK tersebut.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, jangkaan peratusan keluar mengundi itu bergantung kepada ‘mood’ pengundi dan keadaan cuaca pada hari tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berharap kedua-dua PRK itu akan mencatatkan peratusan keluar me­ngundi lebih tinggi berbanding PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu yang hanya merekodkan 49.4 peratus daripada 51,217 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.

“Bagi pihak SPR sendiri, kita telah melakukan beberapa inisiatif supaya pe­ngundi keluar mengundi antaranya ialah membuat hebahan melalui Unit Bergerak Jabatan Penerangan.

“Kita juga menyeru supaya calon bagi kedua-dua parti menggalakkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya kepada pemberita selepas me­ninjau proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Su­bang dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini