SHAH ALAM – Selepas lapan minggu bertanding, tuah ternyata berpihak kepada penyanyi Sarah Suhairi apabila dinobatkan juara Big Stage pertama menewaskan lima lagi finalis lain. Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. Sarah, 18, menyampaikan persembahan memukau menerusi lagu dendangan asal Ning Baizura berjudul Awan Yang Terpilu pada tugasan pertama dan sebuah single baharu berjudul Nyawa dan Raga pada tugasan kedua.…










