DALAM hanya beberapa tahun akan datang saja atau lebih cepat, syarikat-syarikat media bakal gulung tikar atau berkubur tanpa nisan. Bukan kerana kandungan bahan yang dipaparkan tidak menarik hingga menyebabkan orang ramai hilang selera untuk membacanya, tetapi bisnis ini tidak lagi menguntungkan dan lebih parah hasil titik peluh mereka dirompak sewenang-wenang dua gergasi Google dan Facebook. Isu dua gergasi ini yang menguasai media sosial sering dibincang di dalam forum-forum atau persidangan…










