MOSCOW 12 Sept. – Rusia telah memulakan latihan ketenteraan terbesarnya sejak kejatuhan kesatuan Soviet semalam melibatkan 300,000 anggota tenteranya termasuk penyertaan secara bersama tentera dari China dan Mongolia. China dan Rusia sebelum ini pernah mengadakan latihan bersama tetapi bukan dalam skala besar dan latihan dikenali sebagai Vostok-2018 (East-2018), menunjukkan hubungan yang rapat serta memberi isyarat kepada Beijing bahawa Moscow mampu dan bersedia mempertahankan kawasannya yang kurang berpenduduk jauh ke timur.…










