Rosmah masih belum selesai beri keterangan - Utusan Malaysia

Rosmah masih belum selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kelibat isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum kelihatan setelah lebih lapan jam berada di dalam bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Rosmah hadir ke SPRM hari ini untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setakat pukul 6.37 petang tadi, lebih 50 anggota media masih berada di luar lobi utama ibu pejabat SPRM menunggu Datin Seri Rosmah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum itu, beliau tiba di SPRM pada pukul 9.50 pagi. Turut kelihatan hadir di sini ialah peguam beliau, Datuk K. Kumaranendrean. – K! ONLINE

Kelihatan beberapa pengamal media dari dalam dan luar negara masih setia menanti kelibat Rosmah yang
Kelihatan beberapa pengamal media dari dalam dan luar negara masih setia menanti kelibat Rosmah yang sedang memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya petang ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini