VALENCIA 20 Sept. – Penampilan sulung Cristiano Ronaldo bersama Juventus di pentas Liga Juara-Juara berakhir dengan tangisan apabila dia dibuang padang ketika menentang Valencia, sebentar tadi. Pemain Terbaik Dunia itu dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jerman, Felix Brych seawal minit ke-29 selepas berbalah dengan pertahanan Valencia, Jeison Murillo. Keputusan itu dilihat terlalu keras selepas Ronaldo yang bersaing untuk merebut bola dalam kotak penalti hanya melakukan sedikit sentuhan terhadap Murillo,…










