SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu hari ini. Pemasyuran itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim sebelum Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-14 dimulakan di sini hari ini. Suee Lim berkata, pihaknya telah menerima surat pencalonan jawatan itu daripada Barisan Nasional (BN) Selangor pada 27 Jun lalu. “Saya berharap semua ADUN dapat menerima pelantikan yang ditetapkan dan berharap ketua pembangkang baharu ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta tidak meletak jawatan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya