SAUDARA PENGARANG, LUMRAH musim cuti sekolah mahupun cuti umum berturut-turut seperti Awal Muharam dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, lebuh raya dan pusat-pusat percutian penuh dengan kereta dan pengunjung. Antara yang menjadi sasaran ramai adalah Cameron Highlands dan Genting Highlands sama ada pergi balik hari atau bermalam di resort serta pusat peranginan yang ada di sana. Malangnya, masih ada yang cuba bercuti spontan tanpa merancang perjalanan dan tempat…










