KUALA LUMPUR 12 Sept.- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekurangan permintaan belian untuk unit tempatan itu, kata peniaga. Pada 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1500/1530 berbanding dolar US daripada 4.1435/1465 pada Jumaat. Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa kerana cuti gantian sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan disusuli cuti Awal Muharam. Peniaga berkata permintaan yang rendah terhadap ringgit disebabkan pengukuhan dolar US, dan…










