MANILA – Pihak berkuasa Filipina mengosongkan lebih banyak kawasan semalam dan memberi amaran supaya 5.2 juta orang tidak keluar rumah menjelang ketibaan Taufan Super Mangkhut yang dijangka membawa hujan lebat dan mengakibatkan kerosakan infrastruktur serta tanaman. Taufan itu dijangka membadai pantai utara Filipina awal hari ini dengan tiupan angin maksimum selaju 255 kilometer sejam, sama seperti ketika ia melanda rantau Micronesia awal minggu ini. Lebih 9,000 orang dipindahkan ke pusat…










