Rexy dalam senarai BAM untuk jawatan pengarah kejurulatihan - Utusan Malaysia

Rexy dalam senarai BAM untuk jawatan pengarah kejurulatihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Legenda badminton Indonesia, Rexy Mainaky berada dalam senarai pendek Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk jawatan pengarah kejurulatihan baharu bagi membantu membentuk semula skuad kebangsaan.

Rexy yang kini sedang berkhidmat selaku pengarah prestasi bersama skuad badminton Thailand pernah berkhidmat bersama skuad kebangsaan selama tujuh tahun berakhir 2012.

Ketika itu, dia menyandang jawatan sebagai ketua jurulatih beregu lelaki dan berjaya menghadirkan beberapa kejayaan menerusi bekas pasangan No.1 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai mengesahkan perkara itu namun enggan mendedahkan jumlah individu yang sudah disenarai pendek bagi jawatan itu kerana perkara itu perlu dibincangkan bersama Insitut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Memang benar, Rexy berada dalam senarai pendek tetapi kami masih belum berhubung dengannya bagi membincangkan perkara ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini