SERAMAI 80 pendaki yang terdiri daripada pelatih (rekrut) dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) termasuk 10 jurulatih serta enam pendaki bebas berjaya menawan puncak Gunung Rajah di Bentong, Pahang baru-baru ini. Pendakian itu merupakan anjuran ABPM Wilayah Timur dengan kerjasama Summit Attack Resources (SAR) selaku penyelaras program. Ia adalah kumpulan yang teramai mendaki dan menuruni Gunung Rajah dengan menggunakan kedua-dua laluan utama bermula dari Air Terjun Chamang, Pahang dan…










