Remaja cedera dibaham buaya - Utusan Malaysia

Remaja cedera dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila dibaham seekor buaya ketika mandi-manda di sungai berdekatan kediaman ibu saudaranya di Jalan Pordeco Kampung Melayu Batu 8 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa berusia 13 tahun cedera pada beha kanan berjaya diselamatkan orang awam yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurut sumber, buaya sepanjang kira-kira dua meter itu telah membaham kaki kanan mangsa sebelum melepaskan gigitan.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Duchess of Sandakan di sini oleh penduduk untuk menerima rawatan.

“Maklumat diterima, mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, petugas Jabatan Hidupan Liar Sabah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian berkemungkinan berlaku ketika air sedang pasang. Mangsa diserang ketika mandi di sungai tersebut,” katanya.

Tambahnya, pemantauan lanjut di lokasi akan diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN