Rekod Sukma milik Roslinda lebur - Utusan Malaysia

Rekod Sukma milik Roslinda lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Rekod Sukan Malaysia (Sukma) milik legenda lompat galah wanita negara, Roslinda Samsu akhirnya lebur di tangan atlet Negeri Sembilan, Puteri Nur Adillah Shik Azizir Rahman pada temasya edisi ke-19 di Stadium Perak semalam.

Atlet berusia 19 tahun itu me­lakukan lompatan setinggi 3.80 meter (m) untuk meleburkan rekod kejohanan 3.75m berusia 18 tahun yang dilakukan Roslinda pada Sukma 2000 di Kedah

Pingat perak pula dimenangi oleh Nurul Fitriyana Abd. Rani dari Kedah selepas dengan lompatan setinggi 3.50m, manakala gangsa dimenangi Nor Sarah Adi dari Pahang dengan catatan 3.30m.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah saya berjaya mempertahankan emas dua tahun lalu dan le­bih manis berjaya memecahkan rekod te­masya. Sebe­narnya saya memang menyasarkan untuk memecahkan rekod Sukma sebelum menyertai temasya dwitahunan ini.

“Saya memulakan latihan selepas tamat Sukan SEA 2017 dengan me­lakukan rutin itu pada sebelah pagi dan petang iaitu dua hingga tiga jam setiap sesi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Susulan kejayaan ber­kenaan, Puteri Nur Adillah memasang impian un­tuk mewakili negara pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

“Sukan SEA 2017 saya ada mengambil bahagian, namun menamatkan saingan di tempat tercorot kerana kecede­raan. Jadi, untuk beraksi pada Sukan SEA 2019, saya perlu membuat lompatan setinggi 4m. Sebelum ini catatan peribadi terbaik adalah 3.70m,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini