KUANTAN – Seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekebun sayur di Cameron Highlands mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memberi rasuah berjumlah RM5,000 kepada Timbalan Komander Operasi Op Gading, Sanifah Yusof, tiga tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Rayhan Shahid, 45, membuat penagakuan berkenaan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hakim, Mohd. Ghazali Mohamad Taib. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Bogra itu didakwa secara rasuah…










