GEORGE TOWN – Walaupun nilai ringgit merosot, rakyat di negara ini masih terus melancong ke destinasi tempatan dan juga asing, demikian menurut Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). Setiausaha Kehormatnya, Nigel Wong berkata, agensi pelancongan menawarkan kadar dan insentif khas kepada pengguna terutama semasa pameran MATTA di mana harga tambang menjadi sangat berdaya saing serta ini mendorong rakyat untuk melancong. Beliau juga berkata, penurunan nilai ringgit tidak menjejaskan prestasi jualan mereka tetapi sebaliknya meraih…










