PUTRAJAYA 13 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai delegasi Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengadakan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Persint 14 Putrajaya petang semalam. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Keberangkatan tiba baginda berdua ke pusat penyalinan semula al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi itu disambut…










