Raja Muda Perlis ingatkan calon peperiksaan beri tumpuan sepenuhnya - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis ingatkan calon peperiksaan beri tumpuan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 25 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan calon peperiksaan khususnya yang sedang menduduki peperiksaan UPSR supaya memberi tumpuan sepenuhnya.

Titah baginda sikap yang perlu dielakkan adalah terlalu yakin, belajar di saat-saat akhir, terburu-buru, tidak membaca soalan dengan betul dan gagal memahami masa menjawab perlu dielakkan.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program Orientasi Pembelajaran Cemerlang SPM 2018 Untuk Pelajar Terbaik dan Cemerlang Sekolah Menengah Negeri Perlis 2018’ yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus induknya di Pauh Putra baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Hj Izmi Ismail.

Turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zul Szhar Zahid Jamal yang turut menyampaikan ucapan motivasi dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program tahunan yang dikendalikan oleh pakar-pakar mata pelajaran terpilih daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM ini adalah anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan UniMAP.

Seramai 92 orang pelajar mengambil bahagian pada tahun ini yang masuk tahun yang ke 10 program tersebut diadakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN