Rahmatan lil alamin bukan iktiraf pelakuan mungkar - Utusan Malaysia

Rahmatan lil alamin bukan iktiraf pelakuan mungkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 7 Sept. – Konsep ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat sekalian alam) bukan bermakna berlembut-lembut dengan maksud mengiktiraf segala pelakuan yang mungkar atau meringankan hukuman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Beliau berkata, konsep rahmatan lil alamin yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menyaksikan baginda tidak terus menghukum ketika menghadapi golongan pelaku kemungkaran.

Bahkan katanya, baginda mengambil langkah untuk mengembalikan golongan itu kepada jalan yang benar dengan menyantuni serta mengingati mereka.

“Rahmatan lil alamin yang dibawa Rasulullah ada padanya beberapa syarat-syarat penting antara lain, perlaksanaan rahmat itu mesti dimulakan dengan akhlak yang mulia. Mana boleh terima sesuatu perkara mungkar kononnya kita rahmatan, kita iktiraf. Tidak mungkin itu berlaku.

“Ia adalah dua berbeza iaitu antara mengiktiraf dan melanggani permasalahan itu. Barangkali masyarakat kita berfikiran terlalu ringkas (simple). Mereka mengandaikan apabila kita melanggani permasalahan, mereka kata kita iktiraf, tidak,” katanya ketika menjadi tetamu pada Program Siaran Langsung Istimewa Ulangtahun Ke-8 TV Alhijrah ‘Islam Rahmatan Lil Alamin’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN