Rafizi sedar risiko dijatuhkan hukuman oleh mahkamah - Utusan Malaysia

Rafizi sedar risiko dijatuhkan hukuman oleh mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau masih mempunyai kes-kes yang dibicarakan di mahkamah dan mungkin dirinya berisiko untuk dijatuhkan hukuman.

Walau bagaimanapun, Rafizi berkata, dia memilih untuk melalui proses perbicaraan dan menyerahkan kepada hakim untuk mempertimbangkan kes melibatkan dirinya.

“Saya memilih untuk melalui proses perbicaraan dan menyerahkan kepada hakim untuk mempertimbangkan kes saya.

“Ada risiko kerana saya mungkin dijatuhkan hukuman, tetapi saya doakan hakim-hakim dibukakan hati untuk menilai kes-kes saya seadilnya,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan Rafizi membela diri terhadap tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji, dua tahun lalu.

Majistret Umzarul An-Nur Umar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang memanggil tiga saksi sepanjang perbicaraan bermula 22 Ogos tahun lalu berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rafizi, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS), di akhir kes pendakwaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN