KUALA LUMPUR 29 Sept. – Pergerakan Puteri UMNO hari ini meminta Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menangani segera budaya ‘warlord’ dalam parti tersebut kerana ia mampu meruntuhkan kesepaduan parti. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, Ahmad Zahid juga perlu memandang serius terhadap usaha peremajaan parti serta memberikan takrifan sebenar terhadap istilah ‘peremajaan’ berkenaan. “Pergerakan Puteri juga mendesak presiden untuk memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah, sesuai dengan perubahan…










