Puteri garis 5 S dalam agenda 'Puteri Bangkit' - Utusan Malaysia

Puteri garis 5 S dalam agenda ‘Puteri Bangkit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Pergerakan Puteri UMNO hari ini menggariskan ‘lima S’ sebagai prasyarat dan teras pemerkasaan dalaman agenda ‘Puteri Bangkit’, tegas Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.

Katanya, lima S itu iaitu solidariti, sinergi, survival, sukarela dan strategi akan menjadi anjakan paradigma kepada sayap tersebut untuk bangkit yang sekali gus akan menjayakan hala tuju pergerakan berkenaan.

“Hala tuju pula difokuskan kepada ‘tiga P’ iaitu yang pertama, pengkaderan; kedua, penguasaan media sosial dan ketiga, penyemaian aktivisme sosial,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, lima S itu adalah ‘solidariti’ iaitu untuk memperkasakan solidariti dalam kalangan anggota pergerakan tersebut untuk menyokong penuh kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan institusi kepresidenan tanpa was-was dan ragu.

Tambahnya, sinergi pula menuntut Puteri UMNO untuk saling bekerjasama dan saling membantu bagi menghasilkan impak yang maksimum terhadap usaha kerja pergerakan berkenaan.

Puteri garis 5 S
EXCO Puteri UMNO bergambar bersama Presidan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (duduk lima dari kiri); Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan (duduk empat dari kiri) dan Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa (duduk enam dari kiri) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. – UTUSAN ONLINE/AMIN FARIJ HASAN

Survival kata beliau, menuntut pergerakan itu bagi menyemai dalam jiwa serta semangat untuk terus hidup dan berjuang, walaupun diasak dengan pelbagai cabaran dan tohmahan.

“Unsur sukarela adalah amat perlu bagi kita menanam dalam jiwa kita semangat sukarela dalam usaha untuk memartabatkan parti kita. Sesungguhnya, kita datang ke Perhimpunan Agung UMNO kali ini secara sukarela, bukan paksa rela,” katanya.

Tambah beliau, dalam menghadapi percaturan politik baru hari ini, pergerakan tersebut perlu menyakini strategi kerana ia adalah elemen terpenting. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini