KUALA LUMPUR 14 Sept. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menawarkan sesi kaunseling kepada keluarga mangsa kanak-kanak perempuan yang maut selepas terjatuh dari balkoni dapur rumahnya di Tingkat 17, Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, dekat sini hari ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, selain itu, Kementerian juga menawarkan rumah lain untuk didiami oleh keluarga berkenaan bagi mengurangkan trauma kejadian. “Namun bapa mangsa, Khairul Anwar tidak bercadang untuk berpindah…










