BATU PAHAT 4 Sept. – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dianggap antara bidang yang kritikal di negara ini berikutan semakin berkurangan pelajar memilih pengajian itu sama ada di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT). Justeru, usaha negara untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja dalam bidang berkenaan mungkin agak terbantut berdasarkan perkembangan itu. Namun, fenomena itu sebaliknya diambil sebagai cabaran oleh Kelab Taha Tabung Haji yang menganjurkan STEM Innovation Challenge…










