PSG cipta rekod baharu tujuh kemenangan - Utusan Malaysia

PSG cipta rekod baharu tujuh kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 27 Sept. – Paris Saint-Germain mencipta rekod baharu kelab, hari ini, setelah mereka membelasah Reims 4-1 yang merupakan kemenangan ketujuh daripada tujuh perlawanan musim ini dan mendahului Liga 1 dengan kelebihan lapan mata.

Dengan pungutan sempurna 21 mata, jurulatih baharu, Thomas Tuchel mengatasi rekod musim lalu, apabila kelab itu berjaya mengumpul 19 mata sewaktu di bawah Unai Emery.

Juara bertahan tersebut kini boleh memburu satu lagi lakaran sejarah, Sabtu ini, yang mana kemenangan ke atas Nice akan membuka laluan kepada PSG bagi menyamai rekod sepanjang zaman yang dimiliki Lille yang mencipta lapan kemenangan permulaan musim pada 1936/1937.

Kehilangan khidmat Lassana Diarra yang ditimpa kecederaan dan Kylian Mbappe akibat penggantungan, PSG dikejutkan apabila ketinggalan di belakang Reims hanya dua minit sebaik sepak muda dilakukan, setelah Xavier Chavalerin meledakkan gol yang nyata mengejutkan Parc des Princes.

Namun, Edinson Cavani menyamakan kedudukan lima minit selepas itu dan dia turut mendapatkan sepakan penalti pada minit ke-24 yang disempurnakan oleh Neymar.

Penyerang Uruguay, Cavani menyumbat gol ketiga sebelum rehat babak pertama yang sekali gus menjadikan jumlah jaringannya musim ini kepada lima gol, berkongsi dengan Neymar.

Thomas Meunier meledakkan gol keempat pada minit ke-55 bagi melengkapkan kemenangan bergaya PSG selepas dia menerima hantaran daripada penyerang muda, Moussa Diaby. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN