SHAH ALAM 7 Sept. – Perusahaan Otomobil Malaysia Sdn. Bhd. (Proton) menamakan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang pertamanya sebagai Proton X70 yang boleh ditempah bermula esok. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, Proton X70 bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Beliau berkata, ini merupakan kali pertama Proton menggunakan sistem abjad angka dan akan digunakan untuk semua model baharu Proton pada masa depan. “Kajian kami menunjukkan sistem abjad…










