Johor Bahru 12 Sept. – Kelab Media Johor (KMJ) pagi ini memulakan program Jelajah Media Johor (JMJ) 2018 yang bertemakan kesihatan dan pelancongan selama dua hari di Taman Negara Endau-Rompin (Peta), Mersing. Pelepasan konvoi jelajah melibatkan 11 kereta pacuan empat roda disempurnakan oleh Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail di pekarangan Komtar JBCC di sini pukul 7.30 pagi tadi. Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR)…










