Program cat semula dihentikan sementara waktu - Utusan Malaysia

Program cat semula dihentikan sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merujuk kepada surat aduan oleh Dr. Rahman Hashim dari Gombak, Selangor yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 11 September.

Pengadu mencadangkan supaya pihak berwajib mengecat semula rumah flat kawasan Sentul dan Setapak yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Untuk makluman, di awal 2017, DBKL telah melaksanakan program mengecat semula bangunan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan kami dengan mengambil kira keadaan warna bangunan yang sudah pudar dan kusam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program itu telah siap sepenuhnya pada awal 2018. Walau bagaimanapun, program baharu untuk mengecat semula bangunan perumahan seliaan DBKL dihentikan sementara waktu sehingga keputusan baharu diperoleh.

KHAIRUL AZMIR AHMAD

Pengarah Jabatan Perancangan

Korporat DBKL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini