Menonton drama Melayu menerusi kaca televisyen bukan aktiviti rutin bagi Nurulsamsiah Aswad. Bagaimanapun, minat pekerja salah sebuah syarikat swasta dalam bidang perubatan yang berasal dari Ulu Kinta, Perak itu mula berputik tatkala menyaksikan sebuah drama slot Samarinda TV3 berjudul Nur pada bulan Ramadan lalu. Selain disajikan dengan jalan cerita yang penuh pengajaran, anak kedua daripada empat beradik itu mengakui, dia tertarik dengan penataan gaya busana yang ditampilkan oleh barisan pelakon.…










