PRK Port Dickson, ujian pertama buat Pengerusi SPR baharu - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson, ujian pertama buat Pengerusi SPR baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, Azhar Azizan Harun yang memulakan tugasnya hari ini bakal berdepan jadual kerja yang padat namun berikrar untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini manakala Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini adalah ujian pertamanya.

“Saya melaporkan diri di SPR pada masa yang penuh dengan aktiviti dan cabaran. PRK Port Dickson mendapat perhatian seluruh negara dan dunia kerana melibatkan personaliti yang bakal bertanding.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah penting untuk memastikan PRK Port Dickson berjalan dengan lancar, bersih dan adil,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini.

Sebelum itu, beliau tiba di ibu pejabat SPR pada pukul 9.00 pagi untuk memulakan tugasnya. Beliau disambut Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Ellias Abu Bakar dan anggota SPR.

Selain PRK Port Dickson, Azhar yang juga seorang peguam berkata, beliau akan berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dalam masa terdekat berhubung usaha penambahbaikan pilihan raya di negara ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini