PRK Port Dickson: Pas tidak letak calon - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson: Pas tidak letak calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Sept. – Pas tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yanga bakal diadakan ekoran perletakan jawatan Ahli Parlimennya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata,  perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang bermesyuarat semalam di Kuala Terengganu dan dipengerusikan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana Pas merasakan Pilihan Raya Kecil yang sengaja ‘dicipta’ bukanlah suatu amalam demokrasi yang baik, malah langkah itu menyebabkan pembaziran wang awam dan masa serta mengikis minat rakyat untuk keluar membuang undi.

“Parlimen Port Dickson juga bukanlah kawasan yang berpotensi untuk Pas meletakkan calon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sehubungan dengan itu, Pas turut memutuskan akan memberikan sokongan kepada mana-mana Parti Pembangkang lain yang berhasrat meletakkan calon sama ada UMNO ataupun MIC.

“Ini juga selaras dengan semangat solidariti parti-parti pembangkang untuk menambahkan bilangan Ahli Parlimen pembangkang dalam rangka mewujudkan proses semak dan imbang terhadap parti pemerintah,” katanya.

Semalam, Danyal meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN