PRK Port Dickson beri kesan pemilihan parti - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson beri kesan pemilihan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 13 Sept. – Keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) dijangka memberi kesan terhadap pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung.

Ketua Cabang PKR Telok Kemang, Chai Tong Chai berkata, ini kerana ahli PKR terutamanya di cabang tersebut kini terpaksa mengalih tumpuan kepada PRK tersebut berbanding pemilihan parti.

“Kami tidak nafikan PRK itu akan menganggu pemilihan parti yang sedang dijalankan. Terdapat kemungkinan ia akan terjejas tetapi tidak banyak..sedikit sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir ahli jawatankuasa cabang tersebut termasuk Timbalan Ketua Cabang, Rosman Jonet.

Tong Chai bagaimanapun menegaskan, cabang berkenaan menyokong penuh hasrat Anwar bertanding di kerusi tersebut untuk kembali ke Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen dan menjayakan usaha mereformasikan institusi Parlimen.

“Langkah itu juga akan menjayakan pelan peralihan kuasa yang bakal menyaksikan seorang Perdana Menteri dipilih dari Negeri Sembilan,” ujarnya.

Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, seluruh jentera cabang itu akan digerakkan bagi memastikan kemenangan Anwar dalam PRK kelak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN