PRK Port Dickson: Anwar dijulang, Saiful diboo - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson: Anwar dijulang, Saiful diboo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 28 Sept. – Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan diboo apabila namanya disebut oleh pegawai pilihan raya sah sebagai calon.

Mohd. Saiful antara enam calon yang menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK Port Dickson yang diadakan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR itu kembali ke Kabinet untuk membantu kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Anwar sebelum ini dipenjarakan selepas didapati bersalah meliwat Mohd. Saiful, tetapi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengampunan kesalahan tuduhan yang dianggap lebih bermotifkan politik itu membolehkan Anwar bertanding pada pilihan raya dan kembali menjadi ahli parlimen dilihat akan mencapai kemenangan mudah walaupun ditentang tujuh penjuru.

Signifikan Anwar bertanding di Port Dickson bakal memberi impak besar untuk beliau kembali memberi sumbangan terutama dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memacu kestabilan negara dan pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap sebagaimana kolaborasi kedua-dua pemimpin itu sebelum ini.

Prestasi kombinasi kedua-dua mereka telah teruji menyaksikan bagaimana negara mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi serta tahap integriti paling pentadbiran awam dikemuncak.

Kejayaan dua pemimpin itu membawa Malaysia keluar dari kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dengan menggunakan formula sendiri mendapat sanjungan seluruh dunia dan menjadikan asas ekonomi negara terus stabil ke hari ini.

Terdahulu kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Harapan membanjiri pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Port Dickson di sini hari ini.

Para penyokong berkumpul seawal pukul 7 pagi di kawasan pantai berhampiran Majlis Perbandaran Port Dickson menenggelamkan kumpulan kecil Pas, PRM dan Bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini