PRK Parlimen Port Dickson tugas pertama Azhar - Utusan Malaysia

PRK Parlimen Port Dickson tugas pertama Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Sept.- Azhar Azizan Harun menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai ujian pertamanya selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Menurut Azhar, beliau akan memastikan perjalanan PRK itu berjalan dengan bersih dan adil seperti mana termaktub dalam undang-undang negara.

“Selain itu, saya berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dalam masa terdekat berhubung usaha penambahbaikan pilihan raya di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini bukan menunjukkan SPR tidak baik, tetapi sekiranya ada penambahbaikan, ia perlu dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Terdahulu, Azhar memulakan tugasnya sebagai Pengerusi SPR.

Ketibaan Azhar pada pukul 9 pagi disambut Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Ellias Abu Bakar dan ahli-ahli SPR.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar memaklumkan, pelantikan Azhar diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan sebagai Pengerusi SPR itu dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 13 Jun lalu, SPR memaklumkan Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah akan memendekkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa 1 Julai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini