KUALA LUMPUR 16 Sept. – Seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Gombak dekat sini berhadapan detik cemas apabila disamun tiga lelaki, kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 5.43 pagi itu, ketiga-tiga suspek didapati bersenjata dan memakai topi memasuki premis tersebut lalu mengugut wanita berkenaan. Difahamkan, drama rompakan tiga suspek berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. Rakaman berdurasi 40 saat itu menunjukkan ketiga-tiga suspek yang…










