KUANTAN 25 Sept. – Kewujudan portal komuniti ‘ADAM’ yang dilancarkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini menjadi wadah penyatuan masyarakat merentasi generasi dan geografi menerusi teknologi selari dengan slogan Pelan Strategik UMP 2016-2020 iaitu Memasyarakatkan Teknologi. Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, keunikan portal berkenaan adalah sebagai hub perpaduan dan peradaban bagi menyantuni serta menyatukan komuniti global berteraskan sumbangan umat terhadap keharmonian dunia terutama…










